Diriwayatkan luqman telah meriwayatkan kepada anaknya :
1. Anakku, suruhlah orang melakukan kebaikan,tegahlah kemungkaran dan sabarlah kamu atas segala yang menimpa. Anggaplah musibah itu sebagai beda yang ringan, muhasabahlah(hitung) kesalahan-kesalahanmu dan ketahuilah olehmu tentang kesusahan-kesusahan.jika engkau telah mengetahuinya maka engkau akan menjaga dirimu..
2. Wahai anakku, ingatlah Allah banyak-banyak sesungguhnya Allah mengingati orang yang mengingati-Nya. Anakku ingatlah dosa-dosamu yang telah di lakukan dan perbuatan-perbuatanm. Larilah kepada Allah daripada dosa-dosadan janganlah kamu menganggap amalan baikmu sudah banyak.Taatilah Allah kerana siapa yang mentaati- Nya,Allah akan selesaikan setiap urusannya dan melindunginya daripada makhluk-makhluk-Nya.
3. Anakku, janganlah engkau cintakan dunia kerana engkau tidak diciptakan untuk dunia dan Allah tidak menciptakan sesuatu yang lebih hina dari dunia. Allah tidak menjadikan nikmat-nikmat dunia itu sebagai pahala bagi yang taat dan Dia tidak menjadikan bala sebagai balasan bagi yang derhaka.
4. Anakku, janganlah engkau gembira dengan kesihatan yang berpanjangandan sembunyikanlah kesusahan yang menimpamu. Ia merupakan perbuatan yang terpuji. Dan sabarlah atas kesusahan. Ia adalah bekalan pada tempat kembalimu.
5. Anakku, cukuplah dengan apa yang sedikit dan redalah dengan apa yang kamu dapat. Janganlah engkau menoleh kea rah apa yang diperolehi oleh orang lain kerana itu akan menyusahkanmu. Anakku, puasalah dan tutuplah mulutmu daripada makanan-makanan dan penuhilah ia dengan hikmat-hikmat.
6. Anakku,bersahabatlah dengan orang-orang bijaksana dan redalah dengan apa yang mereka kata, nescaya kamu akan jadi bijaksana.
7. Annakku, bercakaplah dengan kata-kata yang baik dengan orang lain dan duduklah dengan ahli-ahli zikir kerana ia menghidupkan hatimu dan menerbitkan dalam diri rasa khusyuk.
8. Anakku, laksanakanlah hajat-hajat sekadar yang perlu dan elak daripada perkara yang tidak berkaitan denganmu. Janganlah jadi seorang yang suka ketawa pada perkara-perkara yang tidak perlukan ketawa dan tidak suka berjalan tanpa keperluan. Jadilah seorang yang lembut,suka kepada kebaikan,suka berfikir,sedikit bercakap melainkan pada perkara-perkara yang hak, selalu menangis dan sedikit gembira. Janganlah bergurau senda, janganlah kelam-kabut dan janganlah mengumpat. Apabilaengkau senyap, jadikan senyap itu berfikir. Apabila berkata, biarlah yang baik.
9. Anakku, banyakkanlah diam kerana engkau akan dihormati dan engkau sekali-kali tidak akan kecewa kerana diam. Tetapi engkau mungkin kecewa kerana ketawa.
10. Anakku, janganlah biarkan ayam lebih cerdik daripadamu kerana ia akan kibaskan kepaknya pada waktu malam dan bertasbih kepada Allah. Jagalah dirimu daripada cuai. Takutlah Allah dan janganlah kamu tertipu dengan kata-kata si jahil bahawa sesungguhnya ada permata dalam tanganmu sedangkan kamu tahu ia adalah tahi unta.
11. Manfaatkanlah apa yang di ajarkan oleh Allah kepadamu. Seorang yang alim tidak sama dengan seorang yang jahil. Dan sebaik-baik ilmu adalah ilmu yang memberi manfaat dan sebaik-baik ilmu adalah yang diikuti.
12. Anakku, sepandai-pandai manusiaadalah yang paling takut dengan Allah. Pelajarilah kebaikan dan ajarkanlah ia. Manusia sentiasa selamat apabila yang datang dahulu mengajar yang datang kemudian. Kata-kata orang alim adalah seperti mata air yang diperlukan oleh orang ramai yang dimanfaatkan oleh mereka.
13. Engkau hendaklah tawaduk (merendah diri). Setawaduk manusia adalah yang paling tahu tentang Tuhannya dan paling baik amalannya. Ketahuilah sesiapa yang hatinya disinari dengan iman, akan berkata dengan kebenaran lalu memberi manfaat kepada orang lain. Sesiapa yang bercakap dengan kebenaran tetapi tidak memberi manfaat kepada dirinya adalah seperti kerosakan yang berlaku. Manusia akan rosak kerana satu perkataan adalah seperti satu percikan api yang membahayakan.
14. Anakku, seorang yang keji apabila berkata-kata akan kelihatan kejahatannya melalui lidahnya dan apabila dia senyap pun, nescaya kejahatannya diketahui juga. Apabila beramal dia merosakkan, apabila dia melakukan sesuatu dia membinasakannya. Apabila dia tidak perlukan pertolongan dia akan sombong tapi bila dia perlukannya dia akan putus asa. Apabila dia gembira dia terlalu sangat dan apabila dia sedih dia marah. Apabila dia berkuasa dia jahat, dan apabila dia lemah dia hina,dan apabila dia meminta dia mendesak, dan apabila dia dipinta dia bakhil. Apabila dia ketawa dia berlebih-lebih dan apabila dia diherdik dia kasar dan apabila dia memberi dia menyebut-nyebut. Apabila diberi dia tidak bersyukur. Apabila kamu amanahkan sesuatu rahsia padanya dia khianat. Apabila dia pula mengamanahkan sesuatu dia menuduh kamu. Apabila dia berada di atasmu, dia akan menekanmu, apabila dia berkawan denganmu dia akan menyusahkanmu. Jika dia menjauhkan diri darinya dia tidak akan memujukmu. Tidak ada kata-kata yang akan menundukkannya dan dia juga tidak tunduk pada sesiapa. Dia tidak akan tenang tanpa mengherdik dan kekerasan. Pengajaran-pengajaran tidak berkesan dalam mendidiknya, keluarganya akan merasa sedih dengan sikapnya. Apabila dia berada dengan orang yang lebih muda dia akan mengambil kesempatan untuk kepentingan dirinya. Begitu juga ketika dia bereda debgan orang tua. Dia tidak dapat mengikut petunjuk biarpun dia tahu dan tidak akan taat jika disuruh dan tidak akan mengambil apa-apa faedah dengan pergaulannya.dan tidak akan mengalah bila diketepikan dan tidak menepati kebenaran bila bercakap.
15. Anakku, fahamilah erti hikmah dan jadikanlah akhlakmu berhikmah dan pentingkanlah ia dan matamu akan sejuk bila engkau telah mementingkanya dan ketehuilah bahawa hikmah itu hanyalah ada dalam kelembutan.lidah adalah pintu pada hikmah. Apabila tiada, masuklah dalam hati apa yang tidak kamu ingini. Jika kamu menjaga pintu, kamu menjaga simpananya.
16. Anakku, kenapakah engkau menghilangkan hartamu sendiri dan memperbaiki harta orang lain. Anakku, sesiapa yang tidak mengasihani tidak akan dikasihani dan siapa yang diam, dia selamat. Siapa yang buat baik akan selamat. Siapa yang buat jahat akan menyesal. Siapa yang membenci kejahatan akan selamat. Siapa yang tidak menjaga lidahnya akan rugi. Anakku jadilah orang yang mudah digauli, manis muka dan itulah dia akhlak orang-orang yang soleh.
17. Anakku, elakkanlah daripada menolak permintaan orang lain,dan terimalah keuzuran yang diminta oleh orang lain. Janganlahlah engkau tertipu dengan kebaikkanmu walaupun banyak kerana engkau tidak tahu adakah ianya diterima atau di tolak.
18. Anakku, tidak ada yang lebih bernilai di sisi Allah, lebih daripada akal. Akal itu tidak sempurna sehingga ada padanya 10 sifat iaitu takutkan Allah, tidak takkabbur, harapkan hidayah, makanan adalah sekadar keperluan, tawaduk lebih disukai, tidak takut melakukan kebaikkan sepanjang hidupnya, tidak bergantung pada orang lain pada hajat-hajatnya, merasa banyak kebaikkan orang, rasa sedikit kebaikkan sendiri dan melihat orang lain lebih baik daripadanyadan diri mereka lebih jahat daripada mereka.
19. Wahai anakku, selalulah bertemu ulama dengan kakimu, janganlah engkau berbahas(berlawan kata) dengan mereka nescaya mereka akan membencimu. Ambillah daripada dunia sekadar keperluan dan infaqlah(bersedekahlah) daripada hasil-hasil pendapatanmu untuk akhirat. Janganlah menolak dunia sekeras-kerasnya sehingga engkau menjadi miskin dan beban pada orang lain. Puasalah satu hari yang dapat melemahkan nafsu syahwat tapi jangan puasa hingga kamu tidak dapat solat (kerana letih) kerana solat lebih utama daripada solat. Jadilah bapa kepada anak-anak yatim, suami pada janda-janda yang susah (menolong mereka) janganlah engkau berkawan dengan orang-orang yang bodoh dan janganlah berkawan dengan orang-orang yang talam dua muka.
No comments:
Post a Comment