Tuesday 23 August 2011

ISTIMEWANYA ORANG BERCINTA......

Bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan berbunyi.
Bercinta dengan yang tidak mencintai, akan menyebabkan seseorang itu kecewa dan merana .
Itulah lumrahnya apabila bercinta dengan manusia.
Sebaliknya bercinta dengan Allah,Tuhan yang Maha Pencinta atau'Al Waduud' itu, cinta kita pasti akan berbalas. Bahkan ia diberiI penghargaan dan disambut dengan baik.

Cinta Allah yang Maha Pencinta tidak memilih siapa, rupa, gaya dan bagaimana keadaannya.
CintaNya boleh direbut oleh sesiapa sahaja, asalkan rajin berusaha untuknya.
Cinta yang tidak pernah luput walau sesaat malahan terus berkekalan.
Berbeza dengan manusia yang hanyacinta pada yang disukai dan diminati.
Cintanya pula bermusim dan tidak kekal.
Sewaktu disenangi dicintai, bila jemu atau benci tidak lagi dicintai malah ditinggalkan.

Cinta manusia juga terhad dan ada kepentingan.
Isteri cintakan suami kerana suami tempatnya bergantung.
Ibu mencintai anak kerana anak itulah penghiburnya di kala sunyi.
kawan menyayangi kawan kerana dapat berkongsi merasai senang dan susahnya hidup.
Pengikut sayangkan ketua kerana ketua menjadi penaungnya.

Namun Allah yang Maha Pencipta mencintai

JAUHI MAKSIAT ZAHIR

IMAM GHAZALI rahimahullah berkata bahawasanya agama itu terbahagi kepada dua. Pertamanya meninggalkan maksiat yang ditegah dan satu bahagian lagi adalah mengerjakan segala yang disuruh.

Lazimnya, berbuat taat dan menurut segala yang disuruh itu adalah lebih mudah berbanding dengan meninggalkan perkara yang dilarang. Kerana itulah Nabi SAW bersabda,Orang yang berhijrah itu adalah seorang yang meninggalkan kejahatan dan orang yang berjihad ialah seorang yang memerangi hawa nafsunya.
Individu yang berbuat maksiat adalah mereka yang mengkhianati Allah dan mengkufuri nikmat yang dianugerahkan-Nya. Ini kerana anggota tubuh badan adalah satu nikmat dan amanah Allah kepada hamba-Nya.

Sekiranya hamba tersebut menggunakan anggota itu kepada perlakuan maksiat, ia telah menyalahi fitrah kejadiannya sendiri. Di waktu inilah seseorang itu menjadi kufur terhadap nikmat Allah.

Oleh itu, hendaklah setiap individu muslim menjaga sungguh-sungguh seluruh anggota badannya terutamanya anggota yang tujuh iaitu

HIKMAH 5 JARI

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.
Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

BATAS-BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

Firman Allah S.W.T.:
"Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari kalangan lelaki dan perempuan dan dijadikan kamu dari pelbagai bangsa dan puak (kabilah) supaya kamu saling kenal-mengenali di antara satu sama lain."

(Surah al-Hujrat)

Tidak dapat dinafikan Allah S.W.T. menjadikan manusia dari pelbagai kaum dan bangsa serta serta perbezaan yang paling ketara sekali ialah diciptakan manusia berbeza dari aspek jantinanya supaya manusia saling mengenali antara satu sama lain serta salin lengkap melengkapi di anata satu sama lain sebagaimana pada penciptaan manusia pertama di muka bumi ini iaitu kejadian Adam dan Hawa . Jika ditinjau dari syariat Islam sendiri sesetengah hukum berbeza di antara lelaki dan perempuan namun perbezaan tersebut akan membawa pengertian konsep keadilan sebenar di dalam Islam di mana Allah meletakkan tanggungjawab seseorang berdasarkan kemampuan dan realiti sebenar yang dimiliki seseorang tersebut. Dalam melakukan tanggungjawab masing-masing sememangnya tidak dapat dielakkan daripada berlakunya pergaulan di antara lelaki dan perempuan lebih-lebih lagi di dalam era moden masa kini. Ini adalah suatu lumrah dan realiti yang mesti dihadapi. Namun demikian adalah suatu malapetaka yang besar apabila tanggungjawab diabaikan dan pergaulan berlaku tanpa batasan sehinggalah membawa kepada kehancuran budaya dan agama serta kemusnahan entiti sosial dalam masyarakat sepertimana berlakunya kes rogol dan bunuh, sumbang mahram, aktiviti pelacuran dan sebagainya. Oleh sebab itu kehadiran Islam di muka bumi ini tidak pernah menghalang pergaulan di antara lelaki dan perempuan namun Islam telah meletakkan batas-batas tertentu kerana mengetahui di sana akan berlaku suatu bencana dan malapetaka yang besar terhadap moral dan agama sekiranya perkara ini tidak dikawal dan dibataskan.

Hukum-hukum pergaulan di antara lelaki dan perempuan:

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :-"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat,kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

Monday 8 August 2011

Wasiat Luqman a.s kepada anaknya..

Diriwayatkan luqman telah meriwayatkan kepada anaknya :

1. Anakku, suruhlah orang melakukan kebaikan,tegahlah kemungkaran dan sabarlah kamu atas segala yang menimpa. Anggaplah musibah itu sebagai beda yang ringan, muhasabahlah(hitung) kesalahan-kesalahanmu dan ketahuilah olehmu tentang kesusahan-kesusahan.jika engkau telah mengetahuinya maka engkau akan menjaga dirimu..
2. Wahai anakku, ingatlah Allah banyak-banyak sesungguhnya Allah mengingati orang yang mengingati-Nya. Anakku ingatlah dosa-dosamu yang telah di lakukan dan perbuatan-perbuatanm. Larilah kepada Allah daripada dosa-dosadan janganlah kamu menganggap amalan baikmu sudah banyak.Taatilah Allah kerana siapa yang mentaati- Nya,Allah akan selesaikan setiap urusannya dan melindunginya daripada makhluk-makhluk-Nya.
3. Anakku, janganlah engkau cintakan dunia kerana engkau tidak diciptakan untuk dunia dan Allah tidak menciptakan sesuatu yang lebih hina dari dunia. Allah tidak menjadikan nikmat-nikmat dunia itu sebagai pahala bagi yang taat dan Dia tidak menjadikan bala sebagai balasan bagi yang derhaka.
4. Anakku, janganlah engkau gembira dengan kesihatan yang berpanjangandan sembunyikanlah kesusahan yang menimpamu. Ia merupakan perbuatan yang terpuji. Dan sabarlah atas kesusahan. Ia adalah bekalan pada tempat kembalimu.
5. Anakku, cukuplah dengan apa yang sedikit dan redalah dengan apa yang kamu dapat. Janganlah engkau menoleh kea rah apa yang diperolehi oleh orang lain kerana itu akan menyusahkanmu. Anakku, puasalah dan tutuplah mulutmu daripada makanan-makanan dan penuhilah ia dengan hikmat-hikmat.

Tuesday 28 June 2011

Laman Sesawang : AL-AZIM.COM

al-azimdotcomkittaplicasiICT