Tuesday 23 August 2011

BATAS-BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

Firman Allah S.W.T.:
"Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari kalangan lelaki dan perempuan dan dijadikan kamu dari pelbagai bangsa dan puak (kabilah) supaya kamu saling kenal-mengenali di antara satu sama lain."

(Surah al-Hujrat)

Tidak dapat dinafikan Allah S.W.T. menjadikan manusia dari pelbagai kaum dan bangsa serta serta perbezaan yang paling ketara sekali ialah diciptakan manusia berbeza dari aspek jantinanya supaya manusia saling mengenali antara satu sama lain serta salin lengkap melengkapi di anata satu sama lain sebagaimana pada penciptaan manusia pertama di muka bumi ini iaitu kejadian Adam dan Hawa . Jika ditinjau dari syariat Islam sendiri sesetengah hukum berbeza di antara lelaki dan perempuan namun perbezaan tersebut akan membawa pengertian konsep keadilan sebenar di dalam Islam di mana Allah meletakkan tanggungjawab seseorang berdasarkan kemampuan dan realiti sebenar yang dimiliki seseorang tersebut. Dalam melakukan tanggungjawab masing-masing sememangnya tidak dapat dielakkan daripada berlakunya pergaulan di antara lelaki dan perempuan lebih-lebih lagi di dalam era moden masa kini. Ini adalah suatu lumrah dan realiti yang mesti dihadapi. Namun demikian adalah suatu malapetaka yang besar apabila tanggungjawab diabaikan dan pergaulan berlaku tanpa batasan sehinggalah membawa kepada kehancuran budaya dan agama serta kemusnahan entiti sosial dalam masyarakat sepertimana berlakunya kes rogol dan bunuh, sumbang mahram, aktiviti pelacuran dan sebagainya. Oleh sebab itu kehadiran Islam di muka bumi ini tidak pernah menghalang pergaulan di antara lelaki dan perempuan namun Islam telah meletakkan batas-batas tertentu kerana mengetahui di sana akan berlaku suatu bencana dan malapetaka yang besar terhadap moral dan agama sekiranya perkara ini tidak dikawal dan dibataskan.

Hukum-hukum pergaulan di antara lelaki dan perempuan:
Hukum asal pergaulan di antara lelaki dan perempuan ajnabi (harus berkahwin) adalah haram. Ini berdasarkan nas yang tidak jelas dan pada asalnya dikhususkan kepada wanita tetapi hukum tersebut terbabit dengan pergaulan di antara wanita dan lelaki ajnabi. Hukum-hukum tersebut ialah:

i. Larangan berkhalwat dan musafir tanpa mahram.
Dalil:
1. Maksud hadis: "Perempuan tidak harus bermusafir kecuali ada bersamanya mahram dan lelaki tidak harus masuk (dalam rumah) perempuan kecuali ada bersamanya mahram."
2. Maksud hadis: "Lelaki tidak harus berkhalwat dengan perempuan kecuali bersamanya mahram dan tidak harus bermusafir kecuali bersamanya mahram."

ii. Hukum perempuan solat jamaah di masjid.
Wanita harus melakukan solat jamaah di masjid tetapi hukum solat di rumah adalah lebih afdhal bagi wanita. Pengharusan berjemaah di masjid bagi wanita dinyatakan oleh Rasulullah dalam sabdanya yang melarang wanita daripada dihalang untuk ke masjid dan menyatakan rumah adalah lebih afdhal bagi mereka.
iii. Hukum wanita turut serta dalam perang jihad.

No comments:

Post a Comment